7:18 AM 0 comments

Huraikan perbezaan antara educere dan educare

Maksud Didikan (educere) adalah tentang komponen akliah atau intelek. Matlamat didikan adalah kepada pembinaan fikiran yang bijaksana dan rasional dan pembinaan jiwa manusia yang murni.

Antara Konsep didikan (educere) adalah erti educere bermakna menzahirkan keupayaan diri atau `to lead out`. Ini bermaksud pembelajaran untuk membina manusia yang mencapai tahap sedar-kendiri (self-realization) tentang kewujudan diri dalam hubungan kewujudan makhluk-makhluk lain, alam dan Maha Pencipta.

Proses pembelajaran educere tidak ada akhirnya kerana ia merupakan pembelajaran untuk pembelajaran atau pembelajaran untuk menambah ilmu dan kebijaksanaan (learning for the sake of learning). Bagi didikan hasilnya tidak dapat dilihat secara eksplisit. Proses pendidikan adalah proses jangka panjang dan tidak ada batas sempadan.

Bersifat normatif, konsepnya lebih ideal dan menyeluruh tentang manusia terdidik.
Contoh situasi educere adalah apabila seseorang guru telah mengajar sesuatu mata pelajaran dengan tujuan untuk memenuhi keperluan sesuatu pekerjaan, di samping guru juga akan mengajar perkara lain yang dapat membantu perkembangan murid sebagai seorang individu.

Maka ini dikatakan
situasi yang saling bertindan antara satu keperluan dengan keperluan yang lain.

Educare
Maksud latihan (educare) adalah berfokus kepada geraklaku perbuatan. Matlamat bagi latihan (educare) pula bertumpu kepada pembentukan kemahiran motor atau gerakan misalnya apabila melakukan sebarang kerja atau aktiviti.

Konsep latihan (educare) pula bermaksud ` to train` mengikut keperluan seperti keperluan hidup, keperluan sosial, keperluan pembangunan ekonomi dan sebagainya. Educare berakhir apabila kemahiran yang diharapkan tercapai. Didikan mengutamakan pendekatan child-centred – pemusatan individu. Berpegang kepada pengukuhan kemanusiaan iaitu untuk membina manusia yang berakal rasional, sedar kendiri, berperibadi sejajar sebagai taraf manusia, melebihi haiwan, tumbuhan dan makhluk lain. Bersifat bukan istrumental dan bermatlamat implisit. Pendidikan adalah sebagai satu kehidupan dan bukannya untuk kehidupan. “Education is not to be but is being “ – pendidikan ialah menjadi terdidik.

Ciri-ciri educare adalah berteraskan kandungan dan menganggapkan manusia sebagai `tin kosong` yang perlu diisi dengan berbagai pengetahuan sama ada releven atau tidak. Pembelajaran pelbagai perkara penting atas alasan dirasakan penting untuk dipelajari. Bersifat instrumental iaitu pembelajaran merupakan cara bagi mendapat sesuatu keperluan seperti keperluan ekonomi, sosial dan politik. Pendidikan itu semestinya releven dan pragmatik demi kemandrian (survival) manusia di dalam masyarakat atau pendidikan untuk sesuatu fungsi dan untuk manusia berfungsi.

Bagi latihan hasilnya dapat dilihat dan diberi nilai, tertakluk kepada batas masa dan tempat. Misalnya pembelajaran yang berlaku di sekolah, maktab, unviversiti atau institusi-institusi lain dalam tempoh masa yang tertentu. Produk (output) latihan adalah pelajar yang menjalani latihan dalam jangka masa yang ditetapkan. Bersifat tidak normatif kerana terpengaruh dengan aspek sosialisasi iaitu penyedaran manusia untuk memainkan peranan sebagai peserta dalam masyarakat.

Sebagai contoh situasinya adalah apabila seseorang guru telah mengajar sesuatu mata pelajaran dengan tujuan semata-mata untuk memenuhi keperluan sesuatu pekerjaan, maka boleh dikatakan bahawa guru tersebut telah mengajar semata-mata dari segi educare.
7:17 AM 0 comments

Huraikan perbezaan corak pendidikan tradisi di Athens dan Sparta.

Zaman Yunani (1600 Sebelum Masehi-300 Sebelum Masehi) telah melahirkan dua buah negara kota yang termasyhur iaitu Athen dan Sparta. Antara perbezaan kedua-dua sistem pendidikann di negara kota ini adalah di Athen, pendidikan semasa zaman ini bermatlamat untuk memupuk dan membentuk ciri-ciri rakyat yang bertanggungjawab kepada negara.

Di Athen pula, pendidikan yang diberi adalah untuk mempersiapkan individu-individu supaya menjadi manusia yang utuh (The Exellence of Man as a Man) yang mampu berdikari dan harmonis dalam tingkahlakunya serta seimbang pula antara kekuatan jasmani dan rohani serta baik akhlaknya dari segi percakapan dan perbuatan.

Para pelajar terdiri daripada kaum lelaki berumur antara 7 tahun hingga 20 tahun. Pelbagai kaedah pengajaran yang dipraktikkan semasa itu seperti kaedah latih-tubi, menghafal, membaca semula terutama di sekolah rendah manakala di peringkat menengah kaedah kuliah, perbincangan dan berdialog dipraktikkan.

Kurikulum yang diamalkan di Athen seperti membaca, menulis, matematik, drama, musik, sastera dan puisi.

Manakala Di Sparta pula tumpuan pendidikan adalah untuk melatih rakyat menjadi tentera yang perkasa dan melahirkan pemimpin-pemimpin tentera. Mengikut Prof Abdul Aziz et.al (1968: 33) antara tujuan pendidikan di Sparta adalah mempersiapkan laki-laki yang kuat jasmaninya dalam peperangan dan fasih pembicaraannya di majlis-majlis.

Di Sparta pula, kurikulumnya lebih tertumpu kepada latihtubi, nyanyian patriotik, dan taktik peperangan. Golongan pengajar terdiri daripada guru-guru persendirian, guru sekolah, golongan Sophists, pengajar tentera dan ahli flasafah. Antara tokoh-tokoh pemikir zaman ini seperti Socrates (469-399 SM), Plato (427- 347 SM) dan Aristotle ( 384-322 SM).
7:16 AM 0 comments

SISTEM PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU 1786-1941

Sistem Pendidikan semasa British (1786-1941) adalah bertujuan mencapai 3G (Gold, Gospel dan Glory). Pada tahun 1854 gabenor Jeneral di India arah Blundell, gabenor Negeri2 Selat siapkan laporan cadangan untuk memberi pendidikan kepada rakyat. Cadangan itu ialah mewujudkan Sistem vernakular (Melayu, Cina dan India) di samping sekolah aliran Inggeris. Pada 1936, ada 1169 buah sekolah vernakular Melayu di Tanah Melayu.

Sekolah Vernakular Melayu merangkumi subjek yang diajar seperti Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Latihan Congak dan Ilmu Alam. Awal kurun 20-an subjek seperti Perkebunan, anyaman dan 3M (Membaca, Menulis, Mengira) ditambah dalam kurikulum. Di saping itu juga wujudnya sekolah vernakular Cina.

Sekolah pertama didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di Melaka tahun 1815. Kurikulum berdasarkan pelajar klasik Cina-Teks Confucius. Hafal klasik lama, kaligrafi, ilmu kira-kira dengan abacus. Kemudian awal 20-an ditambah subjek sejarah, ilmu alam, sains, moral, bahasa, Ilmu hisab, lukisan, Menyanyi dan latihan jasmani. Bantuan kerajaan dan biaya sendiri.

Pada awalnya bermotif politik Tanah Besar dan anti Inggeris. Tahun 1920 Inggeris luluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah bertujuan mengawal aktiviti subversif di sekolah cina. Antara Enakmen Pendaftaran Sekolah Cina 1920 ialah Pengarah pelajaran mempunyai kuasa menutup sebarang sekolah yang tidak mengikut peraturan berkaitan kurikulum, pentadbiran dan kedaan kesihatan sekolah yang ditetapkan oleh pentadbir British. Semua guru dan pentadbirnya ken berdaftar dan diselia oleh Pengarah.

Sekolah Cina yang didaftar di bawah Enakmen akan mendaat bantuan kewangan pihak British.
Bahkan wujunya Sekolah Vernakular India yang ditubuhkan di Penang Free School pada tahun 1816. Tertumpu kepada anak-anak buruh-buruh India yang bekerja di ladang getah, kelapa, dan buruh di Jabatan Kerja Raya dan keretapi. Kod Buruh 1902 mewajibkan setiap ladang yg. terdapat 10 orang kanak-kanak di dalam umur persekolahan (7-14 tahun) dikehendaki menyediakan sekolah dan guru untuk kanak-kanak itu. Tiga jenis sekolah dibiayi dan diurus oleh kerajaan, oleh majikan atau oleh komuniti India tempatan.

Seterusnya Sekolah Inggeris yang mana hasil inisiatif awal didirikan oleh mubaligh kristian mazhab Roman Katholik. Sekolah pertama adalah Penang Free School (1815) – sekolah pertama kemudian berkembang di Melaka (1826), Singapura (1834), Kuala Lumpur (1863), Taiping (1906).

Di samping itu juga MCKK (1905), sekolah Inggeris khas untuk anak-anak aristrocrat Melayu bertujuan menyediakan pegawai kerajaan tertentu di Tanah Melayu. Dengan perbezaan jenis sekolah ini maka berlaku jurang dan peluang belajar di Sekolah Inggeris. Jadi di sini Wujud Special Malay Class bagi meramaikan enrolmen anak melayu di sekolah Inggeris tapi masih kurang berbanding dengan jenis sekolah lain.
7:16 AM 0 comments

SISTEM PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU 1786-1941

Sistem Pendidikan semasa British (1786-1941) adalah bertujuan mencapai 3G (Gold, Gospel dan Glory). Pada tahun 1854 gabenor Jeneral di India arah Blundell, gabenor Negeri2 Selat siapkan laporan cadangan untuk memberi pendidikan kepada rakyat. Cadangan itu ialah mewujudkan Sistem vernakular (Melayu, Cina dan India) di samping sekolah aliran Inggeris. Pada 1936, ada 1169 buah sekolah vernakular Melayu di Tanah Melayu.

Sekolah Vernakular Melayu merangkumi subjek yang diajar seperti Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Latihan Congak dan Ilmu Alam. Awal kurun 20-an subjek seperti Perkebunan, anyaman dan 3M (Membaca, Menulis, Mengira) ditambah dalam kurikulum. Di saping itu juga wujudnya sekolah vernakular Cina.

Sekolah pertama didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di Melaka tahun 1815. Kurikulum berdasarkan pelajar klasik Cina-Teks Confucius. Hafal klasik lama, kaligrafi, ilmu kira-kira dengan abacus. Kemudian awal 20-an ditambah subjek sejarah, ilmu alam, sains, moral, bahasa, Ilmu hisab, lukisan, Menyanyi dan latihan jasmani. Bantuan kerajaan dan biaya sendiri.

Pada awalnya bermotif politik Tanah Besar dan anti Inggeris. Tahun 1920 Inggeris luluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah bertujuan mengawal aktiviti subversif di sekolah cina. Antara Enakmen Pendaftaran Sekolah Cina 1920 ialah Pengarah pelajaran mempunyai kuasa menutup sebarang sekolah yang tidak mengikut peraturan berkaitan kurikulum, pentadbiran dan kedaan kesihatan sekolah yang ditetapkan oleh pentadbir British. Semua guru dan pentadbirnya ken berdaftar dan diselia oleh Pengarah.

Sekolah Cina yang didaftar di bawah Enakmen akan mendaat bantuan kewangan pihak British.
Bahkan wujunya Sekolah Vernakular India yang ditubuhkan di Penang Free School pada tahun 1816. Tertumpu kepada anak-anak buruh-buruh India yang bekerja di ladang getah, kelapa, dan buruh di Jabatan Kerja Raya dan keretapi. Kod Buruh 1902 mewajibkan setiap ladang yg. terdapat 10 orang kanak-kanak di dalam umur persekolahan (7-14 tahun) dikehendaki menyediakan sekolah dan guru untuk kanak-kanak itu. Tiga jenis sekolah dibiayi dan diurus oleh kerajaan, oleh majikan atau oleh komuniti India tempatan.

Seterusnya Sekolah Inggeris yang mana hasil inisiatif awal didirikan oleh mubaligh kristian mazhab Roman Katholik. Sekolah pertama adalah Penang Free School (1815) – sekolah pertama kemudian berkembang di Melaka (1826), Singapura (1834), Kuala Lumpur (1863), Taiping (1906).

Di samping itu juga MCKK (1905), sekolah Inggeris khas untuk anak-anak aristrocrat Melayu bertujuan menyediakan pegawai kerajaan tertentu di Tanah Melayu. Dengan perbezaan jenis sekolah ini maka berlaku jurang dan peluang belajar di Sekolah Inggeris. Jadi di sini Wujud Special Malay Class bagi meramaikan enrolmen anak melayu di sekolah Inggeris tapi masih kurang berbanding dengan jenis sekolah lain.
7:14 AM 0 comments

SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS

Sistem pendidikan pondok di Tanah Melayu bermula sejak awal kurun ke 19 atau akhir kurun ke 18 dengan pengaruh yang dibawa dari Patani, Sumatera, Jawa dan Acheh. Kaedah pengajarannya adalah mengikut kaedah yang dijalankan di Masjidil Haram di Mekah.

Pendidikan tak formal dipercayai berkembang bersama-sama dengan penyebaran agama Islam di TM dan kepulauan Melayu pada abad 14. Pedagang-pedagang Arab Islam telah menyebarkan ke kawasan Asia Tenggara dan merupakan pelopor usaha pendidikan tak formal dengan cara membina sekolah-sekolah pondok di negeri Perlis, Kedah, Terengganu, Kedah dan Brunei.

Antara ciri-ciri pengajian pondok ialah pengajian agama biasa diadakan di surau atau masjid pada waktu malam dengan dihadiri oleh orang dewasa lelaki dan perempuan. Pondok adalah sistem pengajian yang lebih sistematik. Didirikan atas usaha alim ulama dan masyarakat tempatan. Berhampiran adalah rumah tuan guru dan asrama pelajar.

Lokasi pondok sering ditemui di kawasan berhampiran pantai dan sungai. Dibina daripada papan dan daun nipah atau rumbia dan kumudahan kelas hanya terdiri daripada papan (slate) dan galam. Meja dan bangku dibuat sendiri oleh pelajar. Pelajar–pelajar menjalankan kerja seperti bertani, menangkap ikan, mencari kayu api, mengangkat air bagi membantu tuan guru menyara kehidupan mereka.

Perkembangan pengajian pondok merujuk kepada Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok. Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820 M oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong) Selain dari pondok Pulai Chondong yang didirikan di Kelantan sebelum 1910 ialah Pondok Tok Bachok pada tahun 1900, Pondok Haji Abdul Malik Tumpat pada tahun 1907, Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat tahun 1908, Pondok Kubang Pasu Kota Bharu pada 1900, Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Tabal.

Sistem ini mula berkembang pesat pada tahun 1909 sehingga Perang Dunia Kedua. Antara tahun 1910 hingga 1045 M boleh dikatakan zaman keemasan dalam perkembangan pengajian pondok di Kelantan.Pondok pada masa itu telah mencapai kemajuan yang gemilang dengan lahirnya ulama’-ulama’ terkenal yang mengharumkan nama negari kelantan. Ada sesetengah pondok pada masa itu mempunyai penuntut lebih dari seribu orang.

Pada sekitar tahun 1900, Pendidikan pondok telah mendapat persaingan dari sekolah berbentuk sekular yang ditaja oleh British. Sekolah sekular ini telah dibina di Kota Bharu pada tahun 1904. British telah menggunakan berbagai cara untuk menarik minat rakyat ketika itu kepada sekolah sekular. Antaranya dengan mengatakan sekolah berbentuk pondok itu adalah primitif kerana mata pelajarannya tidak sama dengan sekolah Inggeris.

Walau bagaimanapun, usaha-usaha British tidak begitu berjaya. Walaupun pada tahun 1950 – 1970 an, sistem pondok masih mendapat sambutan dari orang ramai, akan tetapi pada hakikatnya selepas tahun 1945, ia merupakan zaman kemalapan dalam sistem pengajian pondok. Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa selepas kedatangan Jepun, pengaruh pondok telah mengalami kemerosotan sedikit demi sedikit. Keadaan ini semakin berterusan hingga setelah negara mencapai kemerdekaan.

Antara sebab utama yang membawa kemunduran institusi pondok ialah telah timbul perubahan-perubahan di dalam perkembangan pendidikan Islam di Kelantan. Ini kerana pada masa itu telah muncul sekolah-sekolah Agama (Arab) Majlis Agama Islam (MAIK), sekarang telah diambil alih oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar di bawah Kerajaan Negeri yang lebih teratur dan selesa daripada pondok. Pendidikan pondok banyak memberi sumbangan besar kepada sistem pendidikan terutamanya di Malaysia.

Antaranya ialah dalam sejarah pendidikan Islam di Malaysia, Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan perkembangan pendidikan yang pesat yang telah melahirkan ulama’-ulama’ yang berwibawa. Contohnya di Kelantan, para pemimpin negeri atau peringkat kawasan kebanyakan pemimpin daripada para ahli ulama’. Maka dengan ini penerapan nilai murni dari segi rohani dan jasmani dapat diterapkan terus kepada rakyatnya.

Seterusnya juga, sistem pengajian ini dapat melahirkan para pelajar yang berakhlak mulia dan berdisiplin dalam tatacara hidupan hariannya. Institusi pengajian agama yang amat disanjung tinggi oleh ibu bapa di samping mereka menaruh kepercayaan penuh kepada sistem ini kerana pelajar lepasan pondok amat dihormati dan mereka adalah alim ulama’ yang akan membimbing masyarakat. Institusi ini juga telah melahirkan ramai cerdik pandai yang terkenal di rantau ini.
7:12 AM 0 comments
1. Berikan diskripsi yang ringkas mengenai kerajaan-kerajaan awal Melayu berikut:
n Funan
n Kataha (Kedah Tua)

JAWAPAN :
Kerajaan Funan
Kerajaan Melayu tertua di Semenanjung Indochina. Muncul pada abad pertama Masehi. Pusat kerajaan terletak di bahagian hilir dan di delta Sungai Mekong yang meluas ke Annam Tengah (Hue) dan di sebahagian besar Lembah Menam dan bahagian Utara Semenanjung Tanah Melayu. Raja mereka digelar `Raja Gunung` yang bermaksud raja yang tinggi darjatnya. Menurut sumber Cina, ibu kotanya bernama Vydhapura. Ibu kota Funan ini mempunyai sebuah pelabuhan terkenal bernama Oc-Eo. Letaknya di delta Sungai Mekong. Dikatakan bahawa pelabuhan ini mempunyai rumah bertiang dan mempunyai sistem saluran air yang luasnya 200 km dan dibina oleh jurubina mahir zaman itu. Para arkeologi telah menjumpai berbagai-nagi bahan artifak yang membuktikan bahawa ekonomi Funan bersumberkan perdagangan antarabangsa dan merupakan negeri yang berciri kosmopolitan. Pemerintah pertama adalah daripada Dinansti Kaundinya pada abad pertama Masihi. Raja yang paling agung bernama Jayavarman. Funan mempunyai bandar-bandar yang yang dipagari tembok-tembok dan di dalamnya terdiri istana-istana dan rumah- rumah kediaman. Penduduk-penduduknya adalah petani-petani yang bercucuk tanam secara primitif. Mereka pandai mengukir barangan perhiasan dan berhala menggunakan pahat. Perkakas masak-memasak diperbuat dariopada perak. Cukai-cukai dibayar menggunakan emas, perak, mutiara dan minyak wangi. Mereka juga mempunyai buku-buku dan arkib-arkib dan tulisan mereka seakan-akan tulisan orang India. Funan mempunayi hubungan dengan negeri China. Sumber-sumber China ada menyebut bahawa beberapa utusan telah dihantar oleh pemerintah Funan seperti Jayavarman. Kegemilangan kerajaan Funan berakhir apabila negara itu telah diserang oleh Chen-la. Kesimpulannya , Funan ialah negeri kuasa besar Melayu yang pertama dalam sejarah Asia Tenggara. Tradisi-tradisi Funan seperti pemujaan gunung dan puteri Naga juga dikuti.

Kerajaan Kataha (KedahTua)
Berpusat di Lembah Bujang Kedah sejak abad ke 6 hingga abad ke 13. Sumber India menyebut Kerajaan Kedah Tua sebagai Kataha, manakala sumber China pula menyebut Kedah sebagai `Chieh-cha`. Kerajaan Kedah Tua adalah sebauh kerajaan merdeka tetapi pada abad ke-7, Kataha menjadi sebahagian daripada empayar Srivijaya. Kedah Tua diserang oleh kerajaan Chola pada tahun 1025 dibawah pimpinan Raha Rajenda 1 dari selatan India. Serangan itu dilakukan bagi merampas monopoli kerajaan Srivijaya di Semenanjung Tanah Melayu. Artifaks dari Lembah Bujang membuktikan bahawa Kataha adalah sebuah pelabuhan entreport pada abad ke-9 hingga abad ke-13. Artifaks itu berupa serpihan tembikar, manik-manik yang dikatakan berasal dari China, Asia Barat dan India. Artifaks dari China seperti serpihan tembikar berasal dari kerajaan T`ang dan Sung. Serpihan artifaks dari Asia Barat terdiri daripada jenis bersepuh( glazed) dan berwarna dipercayai dari kerajaan Sassaniah bertarikh pada abad ke-7 dan ke-8. Bukti pada batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (781-1380M) membuktikan bahawa kedatangan Islam ke Kedah Tua dan ke rantau Nusantara. Transkripsinya berbunyi;
“Setelah hijrah Nabi,kekasih yang telah wafat tujuh ratus lapan puluh satu tahun, bulan Zulhijjah 14 hari jumaat, Ratu iman warda rahmat Allkah bagi baginda. Daripada suku Barubadas menpunyai hak atas Kedah dan Pasai, Menaruh di laut dan darat semesta, Ya Allah ya Tuhan semesta taruhlah Ba dalam swarga Tuhan.”
7:11 AM 0 comments

Kes 2

EFFECT OF COMPUTER SIMULATIONS AND PROBLEM-SOLVING APPROACHES ON HIGH SCHOOL STUDENTS
&
TEACHERS THINKING ABOUT DIFFICULT TO TEACH STUDENTS

PENDAHULUAN
Kajian jurnal ‘Effect of Computer Simulations and Problem-solving Approaches on High School Student’ merujuk kepada kajian hipotesis penyelidikan pencapaian pelajar mengikut kepelbagaian peneguhan. Antara tujuan kajian ini adalah untuk menyelidik tahap pencapaian pelajar aliran kimia, proses kemahiran sains dan reaksi pelajar terhadap matapelajaran kimia dalam kalangan pelajar di Sekolah Tinggi. Kajian ini melibatkan perbandingan kumpulan kawalan dengan menggunakan kaedah konvensional untuk mengesan bagaimana penyelesaian masalah menggunakan kaedah eksperimen dan simulasi komputer. Pelajar diberi soalan-soalan spesifik berkenaan dengan kajian ini iaitu ‘Apakah perbezaan..?, ‘Apakah tanggapan..? dan ‘Apakah kemahiran serta sikap pelajar..?.

Mengikut kajian jurnal ‘Teachers Thinking About Difficult to Teach Students” merujuk kepada hubungkait tindak balas respon pelajar terhadap penyelesaian guru untuk pelajar yang susah memahami pengajaran dan pembelajaran daripada pihak guru. Kajian ini memerlukan guru diberi satu kelas untuk menyatakan ‘bagaimana keperluan pelajar untuk memahami pembelajaran’, ‘cadangan yang lebih berkesan’ dan ‘sebab-sebab pelajar sukar memahami’.
KAEDAH (METHOD) : ‘Effect of Computer Simulations and Problem-solving Approaches on High School Student’
1) SUBJEK
Kaedah ini melibatkan responden dengan bilangan 200 pelajar gred 9 dari sekolah menengah di Turki. Kaedah ini menbahagikan 6 kelas gred 9 diajar oleh dua guru kimia di mana setiap satunya diberi 3 kelas dengan 35 orang pelajar setiap kelas. Pelajar diajar tiga kaedah pembelajaran dan guru ditugaskan secara rawak mengambil satu kelas untuk meminimumkan perbezaan antara guru terlibat. Kaedah ini melibatkan penggunaan analisa data yang diambil daripada 70 pelajar, manakala 70 pelajar lagi dalam penyelidikan konvesional serta 60 pelajar dalam simulasi komputer.
2) INSTRUMEN (BAHAN KAJIAN)
2.1 ‘Chemistry Achievement Test (CAT)’ ialah kaedah menguji empat tahap iaitu pengetahuan, pengayaan, aplikasi dan analisis. Ekperimens ini dijalankan di makmal dengan menggunakan konsep tikus, tindakan kimia, racun dan penyelesaian. Sebanyak 48 item dipilih ddan catatan koefisien dalah 0.88.
2.2 ‘Chemistry Attitude Scale (CAS)’ terdiri ‘5 point Likert’ iaitu skala ‘sangat setuju, setuju, tidak setuju.kurang setuju da tidak setuju’.Hanya 43 item dipilih dan catatan koefisien ialah 0.93.
2.3 ‘Science Process Skill Test’ (SPST) merangkumi 36 item iaitu mengenalpasti pembolehubah serta menyatakan hipotesis,definisi, merekabentuk penyelidikan dan melakar graf. Catatan koefisien ialah 0.81.
2.4 ‘Logical Thinking Ability Test (LTAT)’ merujuk 10 item dalam ujian bertulis mengandungi soalan berkaitan mengenalpasti serta mengawal pembolehubah dan pembahagian,hubungkait,ramalan dan kombinasi alasan. Catatan koefisien ialah 0.77.

KAEDAH (METHOD) : ‘Teachers Thinking About Difficult to Teach Students’
1) SUBJEK
Merujuk kepada pelajar di bandar dan luar bandar. Guru dibahagikan kepada pelajar gred 3 dan 4 serta mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan. Pemilihan guru dirujuk kepada tempoh perkhidmatan guru selama 1 hingga 21 tahun. Sebanyak 270 borang soal-selidik diberi dan 110 sahaja yang diterima dengan catatan 40.7%.
2) MATERIAL (BAHAN KAJIAN)
Kaedah ini diambil daripada bahan yang hendak dikaji dengan melaksanakan kajian kes sebanyak 250 patah perkataan mengenai peribadi, pengalaman gred 3 dalam memberi beberapa perbezaan pembelajaran dan menyatakan masalah serta penyelesaian. Kajian kes ini mengandungi 3 soalan iaitu berformatkan tindakbalas bebas. Antara 3 soalan itu adalah ‘senaraikan penyelesaian masalah’, ‘pilih penyelesaian yang berkesan’ dan ‘sebab berlakunya masalah’. Kajian ini diklasifikasikan dengan ’Skala Keberkesanan Guru’ iaitu ‘6 point Likert (sangat tak setuju & sangat setuju). Sebanyak 16 item dipilih dan catatan koefisien ialah 0.74.

CONCLUSION (KESIMPULAN) : ‘Effect of Computer Simulations and Problem-solving Approaches on High School Student’
Hasil keputusan kajian ini menyatakan bahawa kaedah eksperimen simulasi komputer dan kaedah penyelesaian masalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah konvensional yang dilakukan. Kaedah simulasi komputer memberi kesan sikap yang positiff yang ketara terhadap kimia berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Kaedah yang kurang berkesan ialah kaedah konvesional.

CONCLUSION (KESIMPULAN) : ‘Teachers Thinking About Difficult to Teach Students’
Keputusan mencatatkan strategi pendekatan guru adalah lebih kerap digunakan kerana ia merujuk kepada perubahan emosi dan tingkahlaku pelajar. Antara keberkesanan yang paling ketara adalah dengan penggunaan bahan yang lebih menarik serta lebih mudah. Terdapat segelintir berpendapat bahawa pelajar harus diletakkan dalam beberapa kumpulan kecil serta menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara ‘alat pendengaran’ di samping memberi sokongan kepada tindakan yang diambil pelajar. Sesetengah responden mencadangkan pihak guru meminta nasihat daripada pihak profesional dan juga kaunselor. Pendekatan seterusnya adalah tidak melibatkan pihak guru iaitu mencari penyelesaian di luar bilik darjah, penglibatan ibubapa serta penilaian. Pendekatan ini adalah pecahan yang paling besar menyatakan bahawa guru paling gemar menggunakan kaedah ini sebagai menyelesaikan masalah pelajar.
INTERPRETE (PENERANGAN) : ‘Effect of Computer Simulations and Problem-solving Approaches on High School Student’
Kajian ini menunjukkan bahawa eksperimen simulasi komputer adalah kaedah terbaik berbanding kaedah konvesional dalam pencapaian bidang kimia. Kajian ini merujuk kepelbagaian masalah yang dihadapi pelajar dan mudah untuk mencari jalan penyelesaian. Bahkan, kajian ini membuktikan tiada perbezaan yang ketara jika dilihat dari sudut pencapaian kimia dan juga kemahiran proses sains. Konklusinya, kaedah eksperimen makmal adalah paling berkesan untuk memperolehi penyelesaian terbaik.

INTERPRETE (PENERANGAN) : : ‘Teachers Thinking About Difficult to Teach Students’
Keputusan kajian ini merujuk kepada kepelbagaian corak yang menarik dalam pemikiran guru untuk mencari penyelesaian bagi pelajar yang kurang memahami pembelajaran. Hasil pemerhatian, guru lebih gemar memilih pembelajaran luar bilik darjah untuk memenuhi keperluan pelajar. Kesimpulannya, penyelesaian ini lebih berkesan sekiranya guru tersebut memahami masalah pelajar, cuba mengatasinya serta mengesan perubahannya.

HURAIAN HUBUNGKAIT PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Kajian ini menyatakan hubungkait antara pelajar, gaya pembelajaran dan pengajaran dengan merujuk kepada kombinasi pengetahuan, kebebasan dan teori-teori perkembangan. Setiap guru perlu menguasai proses profesional dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Maka guru perlu memahami setiap sudut kaedah pengajaran yang lebih berkesan ke atas penyelesaian masalah pelajar yang kurang memahami maklumat tersebut. Dalam kedua-dua kajian ini menunjukkan proses pendidikan, pengajaran dan pembelajaran memainkan faktor penting untuk mengubah tingkahlaku seseorang pelajar.

Pihak guru pula telah menjalankan beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan ‘pemikiran kritikal’ iaitu penilaian untuk mendapatkan hasil yang logik dengan meneliti setiap permasalahan yang dihadapi pelajar. Seterusnya, pihak guru juga perlu peka dengan keperluan pelajar dengan mennjalankan kaedah-kaedah yang melalui proses mengklafikasikan, mentafsir, mengkaji serta penyelesaian masalah.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa adanya penggunaan Teori Perkembangan iaitu teory ‘Behaviorism’, ‘Cognitivism’ dan ‘Social Learning Theory (SLT). Proses pembelajaran ini melibatkan perubahan tingkahlaku fizikal yang baru, pembelajaran tertumpu kepada minda serta proses mendapatkan input-proses-output di mana bersifat makanikal dan boleh ditentukan.
7:09 AM 0 comments

Kes Study

THE RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES, LEARNING ENVIRONMENTS AND STUDENT SUCCESS

SINOPSIS
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungkait di antara gaya pembelajaran dan pencapaian para pelajar. Kaedah kajian ini dikenalpasti dengan melibatkan tiga jenis persekitaran pembelajaran iaitu arahan ‘Tradisional Face-to Face’, ‘Minimally Interactive Online’ dan ’Multimedia Rich Online’.

Menurut kajian Golay, corak penilaian para pelajar akan diuji dengan menjawab sepuluh soalan ‘post-test’ untuk digunakan sebagai mengenalpasti dan mengumpul data-data. Terdapat dua jenis soalan yang diuji iaitu soalan asas dan soalan berbentuk sintesis. Tujuan kajian soalan ‘post-test’ ini adalah untuk mengukur tahap pengetahuan para pelajar atau peserta diikuti oleh satu sesi latihan.

Manakala ‘A4 x 3 Factorial ANOVA’ pula digunakan untuk menguji sesuatu data bagi mengenalpasti sepuluh tahap keberkesanan. Kedua-dua kajian ini akan diuji untuk mengenalpasti tahap keberkesanan yang paling ketara ke atas diri para peserta atau responden. Antara bentuk-bentuk arahan yang akan diuji ialah merujuk kepada proses menterjemah prinsip pembelajaran dan arahan perancangan dengan mengenalpasti aktiviti responden, sumber maklumat dan juga penilaian.
Secara statistiknya, keputusan kajian terhadap hubungkait antara ‘Tradisional Face-to Face’ dan ’Multimedia Rich Online’ menunjukkan bahawa responden atau peserta telah mendapat keputusan yang tinggi dalam soalan ‘post-test’ berbanding peserta yang menggunakan kaedah pembelajaran secara ‘Minimally Interactive Online’.

Selanjutnya didapati bahawa corak pembelajaran peserta atau responden secara statistiknya tidak memberi kesan yang ketara ke atas ujikaji soalan ‘post-test’ pada peringkat terakhir dalam ketiga-tiga kaedah arahan iaitu ‘Tradisional Face-to Face’, ‘Minimally Interactive Online’ dan ’Multimedia Rich Online’. Di samping itu juga, kajian mendapati kaedah ini tidak memberi kesan hubungkait atau interaksi di antara corak pembelajaran dan juga kaedah arahan.











HURAIAN PENDAPAT DAN KRITIKAN
Dalam kajian ini, saya mendapati bahawa penggabungan kaedah arahan ‘Tradisional Face-to Face’, dan juga ‘Multimedia Rich Online’ menunjukkan peserta atau pelajar mendapat tahap pencapaian yang tinggi dalam pembelajarannya. Manakala secara statistiknya, gaya pembelajaran pula tidak memberi kesan ke atas pencapaian peperiksaan akhir tahun para pelajar atau peserta. Di samping itu juga, kaedah ini menunjukkan tiada hubungkait antara bentuk gaya pembelajaran ‘Tradisional Face-to Face’, dan juga ‘Multimedia Online’.

Hasil kajian ini mencatatkan keputusan yang memberangsangkan ke atas penggunaan rangkaian internet oleh para pelajar dalam pembelajarannya. Terdapat juga kelemahan pembelajaran secara arahan ‘Tradisional Face to Face’ kepada para pelajar iaitu pelajar terpaksa merujuk kepada pihak pensyarah atau tenaga pengajar untuk mendapatkan sebarang maklumat tentang pembelajaran. Jadi di sini para pelajar terhad untuk mendapatkan sebarang sumber maklumat. Maka pada pendapat saya, gaya pembelajaran ini perlu ditukar dan dipertingkatkan dengan kaedah pembelajaran ‘Multimedia Online’. Menurut pemerhatian saya, kedua-dua kaedah pembelajaran ini menghasilkan perbezaan ke atas kesan arahan pencapaian pelajar. Maka dengan ini, kaedah tersebut perlu dilaksanakan ke atas pelajar sebagai kayu ukur dalam pengurusan dan juga sebagai latihan.

Menurut pemerhatian saya adalah lebih baik gaya pembelajaran ‘Multimedia Online’ diaplikasikan oleh para pelajar yang telah bekerja untuk sambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi. Kaedah ini banyak memberi kesan langsung kepada para pelajar tersebut di mana perbezaan jarak tempat tinggal dengan pihak pensyarah. Pada pandangan saya, gaya pembelajaran ini adalah paling bersistematik dan mudah untuk mendapatkan sebarang maklumat daripada tenaga pengajar. Dengan ini juga, para pelajar dapat membuat sebarang penilaian dan aktiviti yang telah disediakan dalam proses menterjemah prinsip pembelajaran agar ia lebih berkesan. Namun, kaedah ini juga mempunyai kelemahannya iaitu para pelajar tidak dapat berhadapan dengan pensyarah untuk ditunjuk ajar dalam proses pembelajaran.

Dengan sistem ‘Multimedia Online’, para pelajar dapat merangka ‘Instruction Planning’ melalui tahap kepakaran masing-masing. Maka dengan cara ini, ia dapat memberi kesan ke atas tugasan yang telah dirancang untuk dipertimbangkan sebelum melalui proses pelaksanaan. Bahkan pelajar dapat memperoleh kecekapan dalam penggunaan rangkaian internet di samping dapat mengenalpasti matlamat strategi, bentuk arahan dan penilaian keseluruhan yang bersesuaian dalam suasana persekitaran kelas. Penggunaan teknologi maklumat ini memberi kesan ke atas sistem kurikulum pelajar yang dilihat sebagai kaedah paling menarik dan berkembang maju, contohnya mudah untuk mendapatkan salinan nota-nota serta gambar-gambar untuk tujuan pembelajaran.
Mengikut keperluan pelajar zaman sekarang, kaedah penggunaan komputer adalah amat digemari berdasarkan latar belakang pendidikan dan keperluan peribadi pelajar. Namun, telah dibuktikan bahawa manusia mempunyai cara mereka sendiri untuk mengumpul maklumat serta ilmu pengetahuan yang berfaedah. Antara faedah kepada tenaga pengajar pula adalah mereka boleh menghasilkan modul pelajaran yang merangkumi kepelbagaian maklumat dengan gaya bahasa sebagai rujukan dan panduan kepada si penerima.

Pada pendapat saya, bagi mempertingkatkan lagi pencapaian dalam pembelajaran pelajar sambil bekerja ialah perlu diterapkan kaedah pembelajaran ‘Multimedia Online’ kerana terdapat kemudahan seperti interaksi video dalam kelas. Seterusnya, gaya pembelajaran ‘Tradisional Face-to Face’ juga perlu diselidik untuk menjalankan kaedah yang sama bagi memantapkan sistem pembelajaran yang lebih berkesan. Di samping itu juga, pihak-pihak institusi perlu mengambil perhatian bagaimana reaksi para pelajar serta kepuasan mereka untuk meningkatkan kualiti pembelajaran. Konklusinya, penggunaan sistem pembelajaran yang paling memberi kesan adalah kaedah gaya pembelajaran melalui arahan ‘Multimedia Online’ di samping hubungkait gaya pembelajaran arahan ‘Tradisional Face-to Face’ . Ini kerana sistem ini banyak memberi kesan langsung dan juga kesan tidak langsung ke atas diri para pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ‘untuk menjadi insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani......’
7:03 AM 0 comments

INTERVIEW QUESTIONS AND RESPONSES

Responden 1 : Guru Sekolah Rendah
Responden 2 : Guru Sekolah Menengah Atas

1. Sebelum saya pergi kepada soalan yang lain, boleh saya tahu matapelajaran apakah yang cikgu-cikgu ajar di sekolah?
Responden 1 : Di sekolah saya mengajar subjek bahasa Melayu darjah 1, 3 dan 6. Subjek ini banyak memberi penekanan kepada pemahaman murid-murid. Jadi subjek ini banyak memberi cabaran kepada saya untuk memastikan murid-murid paham terhadap penguasaan bahasa kebangsaan dengan baik.
Responden 2 : Saya pula mengajar subjek Pendidikan Islam tingkatan 4 dan kelas peperiksaan SPM iaitu tingkatan 5. Sama macam cikgu kata tadi, subjek ini juga banyak bagi cabaran kerana terkandung dalam peperiksaan SPM dan mempunyai skop pemahaman yang luas dan praktikal.

2. Adakah cikgu berdua pernah menggunakan teknik atau kaedah strategi
pembelajaran di dalam kelas?
Responden 1 : Ya, saya ada guna beberapa kaedah dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas. Em....rasanya lebih dari tiga kaedah.
Responden 2 : Ya, saya juga. Memang banyak kaedah yang saya guna
kerana tingkahlaku pelajar menengah sering berubah-ubah.

3. Sekarang, cuba cikgu-cikgu terangkan apakah masalah yang sering dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas?
Responden 1 : Masalah...em..murid-murid sekolah rendah tidak banyak timbulkan masalah semasa saya mengajar kerana mereka suka mendapat ilmu baru terutamanya sesi mengeja dan membaca bagi darjah 1. Tetapi masalah kebanyakan timbul daripada murid-murid darjah 3 dan 6 yang kurang memberi tumpuan semasa guru mengajar dihadapan. Ini disebabkan pelajar berbual-bual sesama sendiri, kurang memahami format-format karangan dan masa pembelajaran di akhir waktu pulang serta saiz murid terlalu ramai yang akan menyebabkan bising dan tidak selesa.
Responden 2 : Peringkat menengah atas memang banyak juga masalahnya yang datang daripada pelajar. Pertama sekali, pelajar kurang berminat terhadap topik-topik yang melibatkan sejarah Islam kerana terlalu fakta. Seterusnya, pelajar tidak berminat menyalin nota terutamanya pelajar lelaki. Bahkan ada segelintir pelajar ini, tidur dalam kelas.
4. Jadi, bagaimanakah cara cikgu berdua mengaplikasikan strategi pembelajaran untuk menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar ini?
Responden 1 : Em...antaranya saya banyak menggunakan teknik
bercerita, bermain teka-teki dalam subjek yang diajar, bagi ganjaran atau pujian sebagai motivasi murid-murid......latihan bergambar, kuiz dan banyak lagi lah. Kadang-kadang saya bagi hukuman ringan kepada murid-murid yang tidak siapkan kerja sekolah.
Responden 2 : Kaedah yang saya guna pula banyak berbeza dengan
kaedah cikgu tadi kerana pelajar sudah ditahap
mengenal pelbagai perkara. Para pelajar ini tidak banyak menimbulkan masalah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Antara kaedah yang saya guna ialah banyak memberi galakan kepada pelajar, banyakkan latih tubi, ujian topikal, gerak-gempur, sesi soal jawab ringkas...em...kadang-kadang juga saya adakan beberapa kumpulan kecil untuk pelajar-pelajar berbincang sesuatu topik. Dengan teknik pembelajaran berkumpulan ini, saya dapat mengenalpasti kelemahan pelajar dan dapat berbincang untuk selesaikan sebarang masalah di samping bagi motivasi.


5. Adakah andaian terhadap strategi pembelajaran ini berkesan kepada para pelajar yang bermasalah ini?
Responden 1 : Setakat ini, saya telah mendapat tindak balas yang baik daripada murid-murid. Mereka telah mengambil perhatian semasa sesi pembelajaran dan pengajaran saya.
Responden 2 : Sama lah juga. Hampir separuh teknik strategi yang saya gunakan memberi kesan positif kepada pemahaman pelajar dan mereka bertambah minat.

6. Sekiranya cikgu-cikgu bersetuju dengan kaedah ini, nyatakan sebab-sebab kenapa cikgu-cikgu pilih strategi pembelajaran dan kaedah menyelesaikan masalah tersebut?
Responden 1 : Saya amat berpuas hatilah dengan kaedah yang saya guna ini kerana murid-murid menunjukkan perasan minat untuk menguasai bahasa terutamanya semasa mengarang karangan. Di samping itu juga, murid-murid telah mampu menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lepas.
Responden 2 : Pelajar boleh terima kaedah yang saya gunakan ini. Mereka lebih gemar berfikir secara logik untuk memberi sebarang pendapat dan kritikan ke atas satu-satu isu yang dibincangkan dalam kelas. Em...kemungkinan besar pelajar mendapatkan maklumat daripada akhbar, internet, ibubapa dan rakan sebaya. Pendapat mereka ada unsur fakta yang boleh diterima pakai. Paling berkesan adalah wujudnya komunikasi dua hala antara saya dan pelajar. Amat ketara lagi bila ramai pelajar yang mendapat markah A dalam subjek Pendidikan Islam, saya bersyukur.

7. Soalan akhir saya, apakah harapan cikgu-cikgu dengan kaedah ini dan sesuaikah digunakan oleh guru-guru lain?
Responden 1 : Em...saya berharap kaedah ini dapat memberikan kesan positif kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan mampu menarik minat mereka. Kaedah ini boleh diaplikasikan untuk guru-guru lain sekiranya wujud masalah seperti ini dalam kelas.
Responden 2 : Kaedah ini memang sesuai diaplikasikan kepada guru-guru lain juga dan saya berharap para pelajar bagi kerjasama semasa guru-guru mejalankan apa jua aktiviti di dalam kelas.






ULASAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Perbualan mengenai strategi pembelajaran dan juga penyelesaian masalah di antara kedua-dua guru ini mempunyai hubungkait iaitu berkaitan para pelajar, pembelajaran dan juga pengajaran. Guru-guru ini dipilih daripada sistem pendidikan yang berbeza iaitu sistem pendidikan sekolah rendah dan juga sistem pendidikan sekolah menengah.

Guru-guru banyak merujuk kepada kombinasi berkenaan dengan pengetahuan mereka dan juga pelajar serta kebebasan mencari ilmu serta fakta. Maka dengan ini, setiap guru tadi dilihat menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Ini amat bersesuaian dengan matlamat psikologi pendidikan iaitu mengenalpasti keadaan semulajadi pelajar, prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengajaran yang berkesan.

Untuk memenuhi keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran ini, pembelajaran perlu berlaku di mana satu proses perubahan tingkahlaku individu yang tetap atau kebolehan tingkahlaku yang berlaku dari perubahan dalaman. Melihat kepada strategi pembelajaran dan juga penyelesaian masalah daripada responden 1 menunjukkan bahawa ia menunmpukan kepada Teori Perkembangan Tingkahlaku. Menurut teori ini, ia adalah satu proses pembelajaran tingkahlaku fizikal yang baru wujud serta sifat pembelajaran semulajadi. Sebagai contohnya ialah, murid-murid sekolah rendah lebih gemar mendapat pujian atau ganjaran di atas sesuatu pencapaian aktiviti yang telah mereka lakukan. Guru tadi juga menggunakan kaedah asas pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan struktur keberkesanan di dalam kelas. Selain itu guru tersebut melaksanakan hukuman ringan ke atas pelajar yang tidak menyiapka kerja sekolah menunjukkan toeri ini amat bersesuaian untuk diaplikasikan. Teori ini amat sesuai dengan murid sekolah rendah dengan kaedah pengajaran secara pemusatan guru.

Teori perkembangan yang digunakan oleh responden 1 ialah ‘Multiple Intelligences’ (MI) iaitu suatu proses pembelajaran berasaskan ekepada kebolehan yang pelbagai. Teori ini amat sesuai dengan pelajar peringkat sekolah rendah kerana setiap manusia yang dilahirkan akan dianugerahkan beberapa kecerdasan (kebolehan). Pelajar peringkat ini lebih gemar menerima pembelajaran dan pengajaran guru secara pendekatan berpusat pada guru. Kemungkinan mereka mempunyai tahap kecerdasan seperti kebolehan bercakap, kebolehan melihat, kebolehan matematik iaitu pemikiran logik), kinestetik iaitu pergerakan, gemar kepada muzik, cintai alam sekeliling, kemahiran berhubung dengan orang lain dan juga berkomunikasi dengan diri sendiri. Pengajaran pula ialah suatu proses pengajaran sebagai penentuan dan pengurusan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran.

Untuk responden 2 pula, merujuk kepada penggunaan ‘Teori Perkembangan Kognitif’. Teori ini mendefinikan sebagai satu proses pembelajaran menggunakan minda dan mental. Ia dibina berasaskan kelemahan yang ada pada teori tingkahlaku. Responden 2 berpendapat bahawa kaedah strategi menggunakan daya minda adalah amat berkesan bagi pelajar peringkat menengah atas. Pembelajaran ini akan melalui suatu proses berkaitan simbol yang bermakna dan diingati. Para pelajar menengah atas ini akan merujuk kepada memberi pendapat dan pandangan ke atas sesuatu topik yang dibincangkan dengan perasaan ingin tahu. Pada peringkat umur ini, mereka lebih gemar menggunakan tahap pengetahuan perkara yang mudah kepada perkara yang sukar dilakukan. Dalam proses ini, para pelajar akan melakukan inkuari iaitu sesi soal jawab di antara guru dengan pelajar.

Responden 2 juga menggunakan proses teori ‘Social Learning Theory (SLT) iaitu suatu proses pembelajaran melalui pemerhatian dan juga pengalaman. Pelajar ini akan melakukan pembelajaran dengan melakukan peniruan pengalaman. Responde 2 menyatakan kaedah strategi pembelajaran amat sesuai untuk diguna pakai iaitu teknik perbentangan dan kerja berkumpulan. Dengan ini pelajar menengah atas diberi peluang untuk membuat penilaian di mana rakan sebaya sebagai contohnya untuk merealisasikan proses pembelajaran dan pengajaran.

Sebagai kesimpulannya, kaedah-kaedah yang digunakan oleh kedua-dua responden 1 dan 2 akan memberi kesan yang baik ke atas dasar pembelajaran dan pengajaran antara guru dan pelajar. Ini kerana kedua-dua responden mempunyai ciri-ciri guru yang baik iaitu komunikasi berkesan, penerangan jelas, mengubah suasana kelas menjadi ceria dan menarik, hubungan baik antara guru dan pelajar dan responden meluangkan masa untuk para pelajar mengutarakan sebarang permasalahan. Konklusinya, segala kaedah yang ada pada perancangan strategi pembelajaran yang dijalankan adalah berkesan kepada pelajar.