7:18 AM

Huraikan perbezaan antara educere dan educare

Maksud Didikan (educere) adalah tentang komponen akliah atau intelek. Matlamat didikan adalah kepada pembinaan fikiran yang bijaksana dan rasional dan pembinaan jiwa manusia yang murni.

Antara Konsep didikan (educere) adalah erti educere bermakna menzahirkan keupayaan diri atau `to lead out`. Ini bermaksud pembelajaran untuk membina manusia yang mencapai tahap sedar-kendiri (self-realization) tentang kewujudan diri dalam hubungan kewujudan makhluk-makhluk lain, alam dan Maha Pencipta.

Proses pembelajaran educere tidak ada akhirnya kerana ia merupakan pembelajaran untuk pembelajaran atau pembelajaran untuk menambah ilmu dan kebijaksanaan (learning for the sake of learning). Bagi didikan hasilnya tidak dapat dilihat secara eksplisit. Proses pendidikan adalah proses jangka panjang dan tidak ada batas sempadan.

Bersifat normatif, konsepnya lebih ideal dan menyeluruh tentang manusia terdidik.
Contoh situasi educere adalah apabila seseorang guru telah mengajar sesuatu mata pelajaran dengan tujuan untuk memenuhi keperluan sesuatu pekerjaan, di samping guru juga akan mengajar perkara lain yang dapat membantu perkembangan murid sebagai seorang individu.

Maka ini dikatakan
situasi yang saling bertindan antara satu keperluan dengan keperluan yang lain.

Educare
Maksud latihan (educare) adalah berfokus kepada geraklaku perbuatan. Matlamat bagi latihan (educare) pula bertumpu kepada pembentukan kemahiran motor atau gerakan misalnya apabila melakukan sebarang kerja atau aktiviti.

Konsep latihan (educare) pula bermaksud ` to train` mengikut keperluan seperti keperluan hidup, keperluan sosial, keperluan pembangunan ekonomi dan sebagainya. Educare berakhir apabila kemahiran yang diharapkan tercapai. Didikan mengutamakan pendekatan child-centred – pemusatan individu. Berpegang kepada pengukuhan kemanusiaan iaitu untuk membina manusia yang berakal rasional, sedar kendiri, berperibadi sejajar sebagai taraf manusia, melebihi haiwan, tumbuhan dan makhluk lain. Bersifat bukan istrumental dan bermatlamat implisit. Pendidikan adalah sebagai satu kehidupan dan bukannya untuk kehidupan. “Education is not to be but is being “ – pendidikan ialah menjadi terdidik.

Ciri-ciri educare adalah berteraskan kandungan dan menganggapkan manusia sebagai `tin kosong` yang perlu diisi dengan berbagai pengetahuan sama ada releven atau tidak. Pembelajaran pelbagai perkara penting atas alasan dirasakan penting untuk dipelajari. Bersifat instrumental iaitu pembelajaran merupakan cara bagi mendapat sesuatu keperluan seperti keperluan ekonomi, sosial dan politik. Pendidikan itu semestinya releven dan pragmatik demi kemandrian (survival) manusia di dalam masyarakat atau pendidikan untuk sesuatu fungsi dan untuk manusia berfungsi.

Bagi latihan hasilnya dapat dilihat dan diberi nilai, tertakluk kepada batas masa dan tempat. Misalnya pembelajaran yang berlaku di sekolah, maktab, unviversiti atau institusi-institusi lain dalam tempoh masa yang tertentu. Produk (output) latihan adalah pelajar yang menjalani latihan dalam jangka masa yang ditetapkan. Bersifat tidak normatif kerana terpengaruh dengan aspek sosialisasi iaitu penyedaran manusia untuk memainkan peranan sebagai peserta dalam masyarakat.

Sebagai contoh situasinya adalah apabila seseorang guru telah mengajar sesuatu mata pelajaran dengan tujuan semata-mata untuk memenuhi keperluan sesuatu pekerjaan, maka boleh dikatakan bahawa guru tersebut telah mengajar semata-mata dari segi educare.

Comments (0)

Post a Comment