7:09 AM

Kes Study

THE RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES, LEARNING ENVIRONMENTS AND STUDENT SUCCESS

SINOPSIS
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungkait di antara gaya pembelajaran dan pencapaian para pelajar. Kaedah kajian ini dikenalpasti dengan melibatkan tiga jenis persekitaran pembelajaran iaitu arahan ‘Tradisional Face-to Face’, ‘Minimally Interactive Online’ dan ’Multimedia Rich Online’.

Menurut kajian Golay, corak penilaian para pelajar akan diuji dengan menjawab sepuluh soalan ‘post-test’ untuk digunakan sebagai mengenalpasti dan mengumpul data-data. Terdapat dua jenis soalan yang diuji iaitu soalan asas dan soalan berbentuk sintesis. Tujuan kajian soalan ‘post-test’ ini adalah untuk mengukur tahap pengetahuan para pelajar atau peserta diikuti oleh satu sesi latihan.

Manakala ‘A4 x 3 Factorial ANOVA’ pula digunakan untuk menguji sesuatu data bagi mengenalpasti sepuluh tahap keberkesanan. Kedua-dua kajian ini akan diuji untuk mengenalpasti tahap keberkesanan yang paling ketara ke atas diri para peserta atau responden. Antara bentuk-bentuk arahan yang akan diuji ialah merujuk kepada proses menterjemah prinsip pembelajaran dan arahan perancangan dengan mengenalpasti aktiviti responden, sumber maklumat dan juga penilaian.
Secara statistiknya, keputusan kajian terhadap hubungkait antara ‘Tradisional Face-to Face’ dan ’Multimedia Rich Online’ menunjukkan bahawa responden atau peserta telah mendapat keputusan yang tinggi dalam soalan ‘post-test’ berbanding peserta yang menggunakan kaedah pembelajaran secara ‘Minimally Interactive Online’.

Selanjutnya didapati bahawa corak pembelajaran peserta atau responden secara statistiknya tidak memberi kesan yang ketara ke atas ujikaji soalan ‘post-test’ pada peringkat terakhir dalam ketiga-tiga kaedah arahan iaitu ‘Tradisional Face-to Face’, ‘Minimally Interactive Online’ dan ’Multimedia Rich Online’. Di samping itu juga, kajian mendapati kaedah ini tidak memberi kesan hubungkait atau interaksi di antara corak pembelajaran dan juga kaedah arahan.











HURAIAN PENDAPAT DAN KRITIKAN
Dalam kajian ini, saya mendapati bahawa penggabungan kaedah arahan ‘Tradisional Face-to Face’, dan juga ‘Multimedia Rich Online’ menunjukkan peserta atau pelajar mendapat tahap pencapaian yang tinggi dalam pembelajarannya. Manakala secara statistiknya, gaya pembelajaran pula tidak memberi kesan ke atas pencapaian peperiksaan akhir tahun para pelajar atau peserta. Di samping itu juga, kaedah ini menunjukkan tiada hubungkait antara bentuk gaya pembelajaran ‘Tradisional Face-to Face’, dan juga ‘Multimedia Online’.

Hasil kajian ini mencatatkan keputusan yang memberangsangkan ke atas penggunaan rangkaian internet oleh para pelajar dalam pembelajarannya. Terdapat juga kelemahan pembelajaran secara arahan ‘Tradisional Face to Face’ kepada para pelajar iaitu pelajar terpaksa merujuk kepada pihak pensyarah atau tenaga pengajar untuk mendapatkan sebarang maklumat tentang pembelajaran. Jadi di sini para pelajar terhad untuk mendapatkan sebarang sumber maklumat. Maka pada pendapat saya, gaya pembelajaran ini perlu ditukar dan dipertingkatkan dengan kaedah pembelajaran ‘Multimedia Online’. Menurut pemerhatian saya, kedua-dua kaedah pembelajaran ini menghasilkan perbezaan ke atas kesan arahan pencapaian pelajar. Maka dengan ini, kaedah tersebut perlu dilaksanakan ke atas pelajar sebagai kayu ukur dalam pengurusan dan juga sebagai latihan.

Menurut pemerhatian saya adalah lebih baik gaya pembelajaran ‘Multimedia Online’ diaplikasikan oleh para pelajar yang telah bekerja untuk sambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi. Kaedah ini banyak memberi kesan langsung kepada para pelajar tersebut di mana perbezaan jarak tempat tinggal dengan pihak pensyarah. Pada pandangan saya, gaya pembelajaran ini adalah paling bersistematik dan mudah untuk mendapatkan sebarang maklumat daripada tenaga pengajar. Dengan ini juga, para pelajar dapat membuat sebarang penilaian dan aktiviti yang telah disediakan dalam proses menterjemah prinsip pembelajaran agar ia lebih berkesan. Namun, kaedah ini juga mempunyai kelemahannya iaitu para pelajar tidak dapat berhadapan dengan pensyarah untuk ditunjuk ajar dalam proses pembelajaran.

Dengan sistem ‘Multimedia Online’, para pelajar dapat merangka ‘Instruction Planning’ melalui tahap kepakaran masing-masing. Maka dengan cara ini, ia dapat memberi kesan ke atas tugasan yang telah dirancang untuk dipertimbangkan sebelum melalui proses pelaksanaan. Bahkan pelajar dapat memperoleh kecekapan dalam penggunaan rangkaian internet di samping dapat mengenalpasti matlamat strategi, bentuk arahan dan penilaian keseluruhan yang bersesuaian dalam suasana persekitaran kelas. Penggunaan teknologi maklumat ini memberi kesan ke atas sistem kurikulum pelajar yang dilihat sebagai kaedah paling menarik dan berkembang maju, contohnya mudah untuk mendapatkan salinan nota-nota serta gambar-gambar untuk tujuan pembelajaran.
Mengikut keperluan pelajar zaman sekarang, kaedah penggunaan komputer adalah amat digemari berdasarkan latar belakang pendidikan dan keperluan peribadi pelajar. Namun, telah dibuktikan bahawa manusia mempunyai cara mereka sendiri untuk mengumpul maklumat serta ilmu pengetahuan yang berfaedah. Antara faedah kepada tenaga pengajar pula adalah mereka boleh menghasilkan modul pelajaran yang merangkumi kepelbagaian maklumat dengan gaya bahasa sebagai rujukan dan panduan kepada si penerima.

Pada pendapat saya, bagi mempertingkatkan lagi pencapaian dalam pembelajaran pelajar sambil bekerja ialah perlu diterapkan kaedah pembelajaran ‘Multimedia Online’ kerana terdapat kemudahan seperti interaksi video dalam kelas. Seterusnya, gaya pembelajaran ‘Tradisional Face-to Face’ juga perlu diselidik untuk menjalankan kaedah yang sama bagi memantapkan sistem pembelajaran yang lebih berkesan. Di samping itu juga, pihak-pihak institusi perlu mengambil perhatian bagaimana reaksi para pelajar serta kepuasan mereka untuk meningkatkan kualiti pembelajaran. Konklusinya, penggunaan sistem pembelajaran yang paling memberi kesan adalah kaedah gaya pembelajaran melalui arahan ‘Multimedia Online’ di samping hubungkait gaya pembelajaran arahan ‘Tradisional Face-to Face’ . Ini kerana sistem ini banyak memberi kesan langsung dan juga kesan tidak langsung ke atas diri para pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ‘untuk menjadi insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani......’

Comments (0)

Post a Comment