7:03 AM

INTERVIEW QUESTIONS AND RESPONSES

Responden 1 : Guru Sekolah Rendah
Responden 2 : Guru Sekolah Menengah Atas

1. Sebelum saya pergi kepada soalan yang lain, boleh saya tahu matapelajaran apakah yang cikgu-cikgu ajar di sekolah?
Responden 1 : Di sekolah saya mengajar subjek bahasa Melayu darjah 1, 3 dan 6. Subjek ini banyak memberi penekanan kepada pemahaman murid-murid. Jadi subjek ini banyak memberi cabaran kepada saya untuk memastikan murid-murid paham terhadap penguasaan bahasa kebangsaan dengan baik.
Responden 2 : Saya pula mengajar subjek Pendidikan Islam tingkatan 4 dan kelas peperiksaan SPM iaitu tingkatan 5. Sama macam cikgu kata tadi, subjek ini juga banyak bagi cabaran kerana terkandung dalam peperiksaan SPM dan mempunyai skop pemahaman yang luas dan praktikal.

2. Adakah cikgu berdua pernah menggunakan teknik atau kaedah strategi
pembelajaran di dalam kelas?
Responden 1 : Ya, saya ada guna beberapa kaedah dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas. Em....rasanya lebih dari tiga kaedah.
Responden 2 : Ya, saya juga. Memang banyak kaedah yang saya guna
kerana tingkahlaku pelajar menengah sering berubah-ubah.

3. Sekarang, cuba cikgu-cikgu terangkan apakah masalah yang sering dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas?
Responden 1 : Masalah...em..murid-murid sekolah rendah tidak banyak timbulkan masalah semasa saya mengajar kerana mereka suka mendapat ilmu baru terutamanya sesi mengeja dan membaca bagi darjah 1. Tetapi masalah kebanyakan timbul daripada murid-murid darjah 3 dan 6 yang kurang memberi tumpuan semasa guru mengajar dihadapan. Ini disebabkan pelajar berbual-bual sesama sendiri, kurang memahami format-format karangan dan masa pembelajaran di akhir waktu pulang serta saiz murid terlalu ramai yang akan menyebabkan bising dan tidak selesa.
Responden 2 : Peringkat menengah atas memang banyak juga masalahnya yang datang daripada pelajar. Pertama sekali, pelajar kurang berminat terhadap topik-topik yang melibatkan sejarah Islam kerana terlalu fakta. Seterusnya, pelajar tidak berminat menyalin nota terutamanya pelajar lelaki. Bahkan ada segelintir pelajar ini, tidur dalam kelas.
4. Jadi, bagaimanakah cara cikgu berdua mengaplikasikan strategi pembelajaran untuk menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar ini?
Responden 1 : Em...antaranya saya banyak menggunakan teknik
bercerita, bermain teka-teki dalam subjek yang diajar, bagi ganjaran atau pujian sebagai motivasi murid-murid......latihan bergambar, kuiz dan banyak lagi lah. Kadang-kadang saya bagi hukuman ringan kepada murid-murid yang tidak siapkan kerja sekolah.
Responden 2 : Kaedah yang saya guna pula banyak berbeza dengan
kaedah cikgu tadi kerana pelajar sudah ditahap
mengenal pelbagai perkara. Para pelajar ini tidak banyak menimbulkan masalah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Antara kaedah yang saya guna ialah banyak memberi galakan kepada pelajar, banyakkan latih tubi, ujian topikal, gerak-gempur, sesi soal jawab ringkas...em...kadang-kadang juga saya adakan beberapa kumpulan kecil untuk pelajar-pelajar berbincang sesuatu topik. Dengan teknik pembelajaran berkumpulan ini, saya dapat mengenalpasti kelemahan pelajar dan dapat berbincang untuk selesaikan sebarang masalah di samping bagi motivasi.


5. Adakah andaian terhadap strategi pembelajaran ini berkesan kepada para pelajar yang bermasalah ini?
Responden 1 : Setakat ini, saya telah mendapat tindak balas yang baik daripada murid-murid. Mereka telah mengambil perhatian semasa sesi pembelajaran dan pengajaran saya.
Responden 2 : Sama lah juga. Hampir separuh teknik strategi yang saya gunakan memberi kesan positif kepada pemahaman pelajar dan mereka bertambah minat.

6. Sekiranya cikgu-cikgu bersetuju dengan kaedah ini, nyatakan sebab-sebab kenapa cikgu-cikgu pilih strategi pembelajaran dan kaedah menyelesaikan masalah tersebut?
Responden 1 : Saya amat berpuas hatilah dengan kaedah yang saya guna ini kerana murid-murid menunjukkan perasan minat untuk menguasai bahasa terutamanya semasa mengarang karangan. Di samping itu juga, murid-murid telah mampu menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lepas.
Responden 2 : Pelajar boleh terima kaedah yang saya gunakan ini. Mereka lebih gemar berfikir secara logik untuk memberi sebarang pendapat dan kritikan ke atas satu-satu isu yang dibincangkan dalam kelas. Em...kemungkinan besar pelajar mendapatkan maklumat daripada akhbar, internet, ibubapa dan rakan sebaya. Pendapat mereka ada unsur fakta yang boleh diterima pakai. Paling berkesan adalah wujudnya komunikasi dua hala antara saya dan pelajar. Amat ketara lagi bila ramai pelajar yang mendapat markah A dalam subjek Pendidikan Islam, saya bersyukur.

7. Soalan akhir saya, apakah harapan cikgu-cikgu dengan kaedah ini dan sesuaikah digunakan oleh guru-guru lain?
Responden 1 : Em...saya berharap kaedah ini dapat memberikan kesan positif kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan mampu menarik minat mereka. Kaedah ini boleh diaplikasikan untuk guru-guru lain sekiranya wujud masalah seperti ini dalam kelas.
Responden 2 : Kaedah ini memang sesuai diaplikasikan kepada guru-guru lain juga dan saya berharap para pelajar bagi kerjasama semasa guru-guru mejalankan apa jua aktiviti di dalam kelas.






ULASAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Perbualan mengenai strategi pembelajaran dan juga penyelesaian masalah di antara kedua-dua guru ini mempunyai hubungkait iaitu berkaitan para pelajar, pembelajaran dan juga pengajaran. Guru-guru ini dipilih daripada sistem pendidikan yang berbeza iaitu sistem pendidikan sekolah rendah dan juga sistem pendidikan sekolah menengah.

Guru-guru banyak merujuk kepada kombinasi berkenaan dengan pengetahuan mereka dan juga pelajar serta kebebasan mencari ilmu serta fakta. Maka dengan ini, setiap guru tadi dilihat menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Ini amat bersesuaian dengan matlamat psikologi pendidikan iaitu mengenalpasti keadaan semulajadi pelajar, prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengajaran yang berkesan.

Untuk memenuhi keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran ini, pembelajaran perlu berlaku di mana satu proses perubahan tingkahlaku individu yang tetap atau kebolehan tingkahlaku yang berlaku dari perubahan dalaman. Melihat kepada strategi pembelajaran dan juga penyelesaian masalah daripada responden 1 menunjukkan bahawa ia menunmpukan kepada Teori Perkembangan Tingkahlaku. Menurut teori ini, ia adalah satu proses pembelajaran tingkahlaku fizikal yang baru wujud serta sifat pembelajaran semulajadi. Sebagai contohnya ialah, murid-murid sekolah rendah lebih gemar mendapat pujian atau ganjaran di atas sesuatu pencapaian aktiviti yang telah mereka lakukan. Guru tadi juga menggunakan kaedah asas pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan struktur keberkesanan di dalam kelas. Selain itu guru tersebut melaksanakan hukuman ringan ke atas pelajar yang tidak menyiapka kerja sekolah menunjukkan toeri ini amat bersesuaian untuk diaplikasikan. Teori ini amat sesuai dengan murid sekolah rendah dengan kaedah pengajaran secara pemusatan guru.

Teori perkembangan yang digunakan oleh responden 1 ialah ‘Multiple Intelligences’ (MI) iaitu suatu proses pembelajaran berasaskan ekepada kebolehan yang pelbagai. Teori ini amat sesuai dengan pelajar peringkat sekolah rendah kerana setiap manusia yang dilahirkan akan dianugerahkan beberapa kecerdasan (kebolehan). Pelajar peringkat ini lebih gemar menerima pembelajaran dan pengajaran guru secara pendekatan berpusat pada guru. Kemungkinan mereka mempunyai tahap kecerdasan seperti kebolehan bercakap, kebolehan melihat, kebolehan matematik iaitu pemikiran logik), kinestetik iaitu pergerakan, gemar kepada muzik, cintai alam sekeliling, kemahiran berhubung dengan orang lain dan juga berkomunikasi dengan diri sendiri. Pengajaran pula ialah suatu proses pengajaran sebagai penentuan dan pengurusan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran.

Untuk responden 2 pula, merujuk kepada penggunaan ‘Teori Perkembangan Kognitif’. Teori ini mendefinikan sebagai satu proses pembelajaran menggunakan minda dan mental. Ia dibina berasaskan kelemahan yang ada pada teori tingkahlaku. Responden 2 berpendapat bahawa kaedah strategi menggunakan daya minda adalah amat berkesan bagi pelajar peringkat menengah atas. Pembelajaran ini akan melalui suatu proses berkaitan simbol yang bermakna dan diingati. Para pelajar menengah atas ini akan merujuk kepada memberi pendapat dan pandangan ke atas sesuatu topik yang dibincangkan dengan perasaan ingin tahu. Pada peringkat umur ini, mereka lebih gemar menggunakan tahap pengetahuan perkara yang mudah kepada perkara yang sukar dilakukan. Dalam proses ini, para pelajar akan melakukan inkuari iaitu sesi soal jawab di antara guru dengan pelajar.

Responden 2 juga menggunakan proses teori ‘Social Learning Theory (SLT) iaitu suatu proses pembelajaran melalui pemerhatian dan juga pengalaman. Pelajar ini akan melakukan pembelajaran dengan melakukan peniruan pengalaman. Responde 2 menyatakan kaedah strategi pembelajaran amat sesuai untuk diguna pakai iaitu teknik perbentangan dan kerja berkumpulan. Dengan ini pelajar menengah atas diberi peluang untuk membuat penilaian di mana rakan sebaya sebagai contohnya untuk merealisasikan proses pembelajaran dan pengajaran.

Sebagai kesimpulannya, kaedah-kaedah yang digunakan oleh kedua-dua responden 1 dan 2 akan memberi kesan yang baik ke atas dasar pembelajaran dan pengajaran antara guru dan pelajar. Ini kerana kedua-dua responden mempunyai ciri-ciri guru yang baik iaitu komunikasi berkesan, penerangan jelas, mengubah suasana kelas menjadi ceria dan menarik, hubungan baik antara guru dan pelajar dan responden meluangkan masa untuk para pelajar mengutarakan sebarang permasalahan. Konklusinya, segala kaedah yang ada pada perancangan strategi pembelajaran yang dijalankan adalah berkesan kepada pelajar.






Comments (0)

Post a Comment